
KUALA LUMPUR: Negara anggota Asean bersepakat untuk memberi kerjasama kepada Malaysia dan mengutamakan rakan negara serantau dalam membantu isu berkaitan makanan yang dihadapi negara masing-masing termasuk isu kekurangan beras.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata keputusan itu dinyatakan menerusi Mesyuarat Menteri-menteri Asean mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 yang berlangsung, di sini, sejak 2 Okt lalu dan melabuhkan tirainya hari ini.
“Kerjasama antara Asean misalnya kalau kita menghadapi masalah beras, negara anggota Asean akan mengutamakan sesama Asean terlebih dahulu. Vietnam, Kemboja dan Thailand juga menyatakan sebarang permintaan baharu penambahan import dan sebagainya, mereka akan mempertimbangkan.
“Begitu juga hubungan kita dengan China, tadi pihak kastam China hendak mencari jalan bagaimana…