Presiden PAS itu berkata, negara Eropah lebih cenderung membantu Ukraine yang berperang dengan Rusia demi mempertahankan kedudukan mereka.

PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa negara Eropah tidak menunjukkan usaha membantu Turki yang dilanda gempa bumi baru-baru ini, sebaliknya sanggup membelanjakan berbilion dolar untuk perang di Ukraine.
Katanya, negara Eropah lebih cenderung membantu Ukraine yang berperang dengan Rusia semata-mata mahu mempertahankan kedudukan mereka.
“Maka, tanggungjawab untuk membantu saudara-saudara kita ini (Turki) jatuh ke bahu kita sendiri.
“Pasukan Malaysia (pasukan mencari dan menyelamat) sudah berada di sana bertugas bagi membantu rakyat Turki yang terjejas,” katanya di Twitter sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Terengganu untuk rakyat Turki.
Beliau berkata, mereka yang tidak mampu ke Turki untuk membantu, boleh…
