

Negara yang hidup bermasyarakat akan tempang jika dipacu kemarahan, sebaliknya mesti dipandu ilmu yang menjadi asas pembinaan negara kukuh, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kekuatan sesuatu perjuangan tidak boleh hanya bergantung kepada semangat dan emosi, sebaliknya perlu didukung kekuatan ilmu yang mampu menyedarkan serta menginsafkan masyarakat.
“Sahabat saya Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang mengingatkan bahawa wadah Islam itu tidak bangkit hanya dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen, tetapi dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.
“…dan sekarang umpamanya dalam bicara soal negara Madani mesti diperkasakan dengan ilmu. Inilah yang meletakkan asas pembinaan negara utuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam…