Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Negara jimat RM300 juta jika projek tanam bawang berjaya, kata Mat Sabu

today11 January 2025

Background


mohamad sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu melawat tapak projek tanaman bawang rose ehsan PKPS di Selangor Fruit Valley. (Gambar Bernama)

KUALA SELANGOR: Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, setakat ini projek tanaman bawang rose diusahakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menunjukkan prestasi baik dengan kemampuan tuaian hasil kira-kira empat tan per ekar.

Mohamad berkata, pihaknya akan mula mengedarkan benih bawang rose berkenaan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan untuk diusahakan oleh mereka yang berminat, bagi mencapai sasaran itu.

“Malaysia mengimport sebanyak 484,867 tan metrik bawang pada nilai RM902.5 juta pada 2021 bagi memenuhi permintaan pengguna. India menjadi pembekal bawang terbesar di Malaysia sebanyak 57%, diikuti China (20%) dan Pakistan (11%).

“Jadi, kalau kita mampu sediakan 30%, iaitu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post