Media sedemikian diperlukan bukan sahaja bagi tujuan semak dan imbang, juga untuk memastikan suara semua pihak dapat didengar dan diberi perhatian, kata menteri itu.

IPOH: Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tapi juga yang cukup berani untuk melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, media sedemikian diperlukan bukan semata-mata untuk mewujudkan semak dan imbang, malah juga bertujuan memastikan suara semua pihak dapat didengar dan diberi perhatian.
“Malaysia ditempatkan di kedudukan ke-73 dalam indeks World Press Freedom 2023 yang dikeluarkan pertubuhan Reporters Without Borders, kedudukan tertinggi yang belum pernah dicapai Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini.
“Ia tidak seharusnya dipandang…
