Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pendatang baharu, Negeri Sembilan (NSFC) mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 6 perlawanan Liga Super musim ini.
Malah, kemenangan 2-1 menentang Sarawak United semalam menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu kini menghuni kedudukan teratas liga dengan 14 mata hasil daripada 4 kemenangan dan 2 keputusan seri.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS7
Negeri Sembilan FC dan Melaka United FC masing-masing meraih kemenangan malam ini!#LigaSuper2022 pic.twitter.com/CXNOcKru59
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) May 6, 2022
Dalam perlawanan itu, Sarawak terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi tandukan Boris Kok pada minit ke 51 selepas menerima hantaran daripada Lee Chang Hoon.
51′ GOL | Boris Kok meletakkan pasukan tuan rumah di depan!@sufc_rasmi 1-0 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/ieB5H1EMRR
—…