Hot FM

Negeri Sembilan siap sedia hadapi banjir selepas paras air meningkat



Gambaran dari atas memaparkan Taman Pinggiran Sungai Kelamah di Tampin, ditenggelami air pada 5 pagi hari ini. Air sudah mula surut namun penduduk berada dalam kebimbangan susulan hujan berterusan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Negeri Sembilan bersiap sedia berdepan bencana banjir terburuk susulan hujan lebat di negeri berkenaan sejak semalam, yang mengakibatkan beberapa paras sungai meningkat ke paras bahaya.

Banjir mula melanda beberapa kawasan di negeri itu dengan 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah, hari ini.

Menurut pusat kawalan operasi bencana (PKOB) negeri, tujuh pusat bantuan dibuka di Tampin, pada 9 pagi tadi. Empat lagi dibuka di Jempol dan dua di Kuala Pilah.

Sejumlah 1,363 mangsa banjir membabitkan 365 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan negeri, Veerapan Superamaniam, memberitahu FMT, berkata penduduk di Tampin,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version