
PETALING JAYA: Penganalisis meragui dakwaan empat menteri besar PAS berpotensi diketengahkan sebagai calon perdana menteri, berdasarkan keadaan di negeri masing-masing.
Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) Azmi Hassan berkata Perlis yang ditadbir Shukri Ramli, Kedah (Sanusi Nor), Kelantan (Nassuruddin Daud), dan Terengganu (Ahmad Samsuri Mokhtar) tidak menunjukkan perbezaan lebih baik apabila dibandingkan dengan negeri ditadbir Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Malah, beliau percaya orang ramai tidak akan sepenuhnya bersetuju dengan pilihan tersebut.
“Ia akan menakutkan mereka yang nak sokong Perikatan Nasional (PN) kerana Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin empat menteri besar ini tak menunjukkan apa-apa perbezaan dan perubahan yang lebih baik,” katanya.
Nama Shukri, Sanusi, dan Nassuruddin diajukan oleh Naib Ketua Pemuda…