Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Nelissa Nizam Tak Lagi Bersama The Gadys

today9 November 2023

Background

Pelakon Nelissa Nizam akui kini lebih selesa mengabdikakan diri dalam bidang lakonan selepas berpisah dengan kumpulan The Gadys.

Menurut Nelissa atau nama lengkapnya, Nelissa Edreena Nizam, 25, dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada bidang lakonan sahaja.

“Sekarang ini saya hanya fokus pada lakonan sebab biasalah mula-mula dulu kita nak cuba segala benda. Tapi sekarang ini saya rasa lebih baik saya fokus pada lakonan sahaja.

“Jadual untuk berlakon juga terlampau padat, saya tak mahu susahkan ramai pihak.

“Sudah hampir enam bulan juga saya tidak bersama The Gadys,” katanya kepada XTRA.

Nelissa ditemui ketika penggambaran filem Saka Perawan di Teratak Angah Chalet, Kemensah pada Isnin.

Tambah Nelissa, keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut bukanlah disebabkan sudah tawar hati dengan bidang nyanyian.

Sebaliknya, pelakon drama Budak Tebing ini mahuΒ fokus kepada satu bidang sahaja buat masa ini.

“Tiada pun (tawar hati) sebab saya dalam drama saya berlakon juga saya ada menyanyi.

“Ketika itu saya juga rasa saya tak boleh nak bersama TheΒ  Gadys lagi. Nak menyanyi, nak pergi belakon lagi, nak belajar dan buat assignments lagi. Saya cuba tapi tak mampu.

“Seeloknya saya fokus satu perkara saja, saya juga dapat bagi seluruh tenaga dan usaha saya pada lakonan,” kongsinya lagi.

Nelissa juga memaklumkan ada perancangan untuk mengeluarkan single solo pada tahun hadapan.

Terdahulu, kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh empat gadis cantik iaitu Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

ARTIKEL BERKAITAN:Β #SkoolXTRA Nelissa Nizam Dedah Pernah Terima Kotak Berisi Gambarnya Dari Seseorang – β€œSaya Tak Tahu Nak Terharu Atau Takut”

ARTIKEL BERKAITAN:Β Nelissa Nizam Menggigil Baca Skrip Gara-Gara Trauma Kena Gangguan Seksual – β€œMacam Flashback Apa Yang Berlaku…”

ARTIKEL BERKAITAN:Β The Gadys Dah Berpecah? Ini Penjelasan Nelissa Nizam

ARTIKEL BERKAITAN:Β Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

ARTIKEL BERKAITAN:Β Bukan Klon Dolla, Kehadiran The Gadys Adalah Untuk…

Written by: Aqilah