Chandra juga menceritakan kisah bagaimana dua cucunya itu tinggal bersamanya. Menurutnya, anak perempuannya yang memeluk Islam meninggal dunia pada Ogos 2021.
“Bapa mereka juga tidak dapat dikesan dan ketika mereka hilang tempat bergantung. Sebelum itu memang hubungan kami baik dan mereka sering berkunjung terutama pada sambutan perayaan,” katanya.
Jelasnya Jasmine Hawa akan menyambung pelajaran di Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bulan depan, manakala Roselyn Aisyah berada di Tingkatan Empat.
“Saya buktikan mampu besarkan mereka walau berbeza agama. Saya sayangkan mereka tanpa ada sebarang perbezaan dan halangan,” katanya.
Sementara itu, Penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed, berkata pihaknya sudah berbincang dengan pihak Baitulmal dan Jasmine Hawa layak menerima bantuan RM1,500 bagi satu semester.
“Dia juga akan mendapat bantuan komputer riba selain itu pihak MAIWP juga memaklumkan Jasmine layak menerima bantuan duit…