Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nenek, cucu rentung dalam kebakaran

today2 February 2026

Background


Kebakaran sebuah blok rumah pekerja dua tingkat yang meragut nyawa seorang nenek dan cucu lelakinya. (Gambar JBPM)
BINTULU:

Seorang nenek dan cucu lelakinya ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah blok rumah pekerja dua tingkat milik sebuah syarikat perkapalan di Jalan Nyigu, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.01 pagi.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang tiba di lokasi kejadian pada 1.10 pagi mendapati kebakaran melibatkan satu blok rumah pekerja dua tingkat jenis struktur tidak kekal terdiri daripada 28 pintu dengan anggaran keluasan 30.48 x 9.144 meter persegi itu telah terbakar sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Mayat kedua-dua mangsa, Taun Nyaring, 61, dan cucunya Melbourne Jeasy, 14, ditemukan pada 4.20 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kebakaran turut menjejaskan empat motosikal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

‘Pernah Murung Dicop Muka Kampung, Tak Layak Jadi Penyanyi’ – Ayu Damit Berdamai Dengan ‘Healing’

Viral

‘Saya Terluka, Netizen Cakap Wajah Kampung’

Penyanyi, Ayu Damit akhirnya tampil membuka kisah lama yang selama ini dipendam, apabila mendedahkan tekanan emosi dan kesan terhadap kesihatan mental akibat kecaman berterusan terhadap rupa parasnya sepanjang berada dalam industri hiburan.

today2 February 2026