Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Bengang Lihat ‘Geng Honda Civic’ Potong Treler Dan Bahayakan Pengguna Jalan Raya Lain

today29 August 2021

Background
vocket-geng-honda-civic-pandu-bahaya-header




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebelum The Vocket pernah berkongsi kisah beberapa kumpulan berasingan ‘geng motosikal’ didenda kerana melanggar SOP dengan berkonvoi setelah ‘tersalah tafsir’ kelonggaran aktiviti permotoran yang diumumkan oleh kerajaan pada dua minggu lalu.

Kali ini tular pula rakaman video dashcam di mana sekumpulan geng Honda Civic berkonvoi beramai-ramai dan lebih teruk lagi, cara pemanduan mereka mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain yang menggunakan laluan tersebut ketika waktu itu.

Di dalam rakaman tersebut kita dapat lihat sepuluh buah Honda Civic telah memotong lori treler secara berbahaya di kawasan selekoh dan di atas double line sehingga masuk ke laluan bertentangan.

Lebih menggeramkan lagi apabila Honda Civic yang ke-11 yang tercicir dibelakang menghimpit sebuah Honda Jazz yang berada di belakang lori treler dan menyelit di antara kereta yang merakam situasi tersebut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post