Berakhirnya drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 pada 17 Ogos 2020 menandakan tamatnya lakonan jejaka kacak Shukri Yahaya yang membawakan watak utama bernama Dr. Khuzairi.
Rata-rata memberikan reaksi positif selain berpuas hati dengan jalan cerita drama berkenaan yang berkesudahan dengan memaparkan babak keluarga Pak Samad yang kini lebih bahagia di samping isteri tercinta, anak-anak, menantu dan cucu-cucu.
Namun, menerusi laman Twitter ada yang memuat naik satu ciapan bersama dua foto meminta netizen memilih abang ‘Ri’ kegemaran masing-masing:-
Choose your abang Ri
Dua dua romantik
Dua dua high taste dalam diam#7harimencintaiku2 pic.twitter.com/RnSOP84qQC— Anas Banas 🇲🇾 (@ans47) August 13, 2020
Ri yang kedua dimaksudkan ialah Captain Ri Jeong Hyeok lakonan Hyun Bin menerusi drama Korea bertajuk Crash Landing On You yang turut popular dan ditonton ramai pada tahun 2020.
Bagaimanapun, status berkenaan mendapat kecaman ramai selepas mereka tidak berpuas hati dengan perbandingan yang diberikan.
https://twitter.com/nadrahimani/status/1294289066729418752
“Saya tidak sangsi memilih Captain Ri kerana Abang Ri pun tidak boleh mempertahankan diri sendiri dan isterinya sebaliknya Captain Ri merentas Korea Utara hanya untuk melindungi Yoon Seri,”
Balas ciapan daripada seorang gadis itu mendapat perhatian ramai selain dikongsi lebih 8,000 pengguna dan rata-rata bersetuju dengan kenyataan itu.
