Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Beri Sokongan Terhadap Sharifah Sakinah – “Dugaan Ini Buatkan Saya Lebih Kuat”

today31 October 2022

Background

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai rumah tangga pelakon Sharifah Sakinah bersama suami, Michael Hansen sedang bergolak sehingga mengambil keputusan untuk berpisah tidak lama lagi.

Sehingga kini, nama Sakinah sentiasa menjadi perhatian wargamaya selepas isu rumah tangganya itu hangat dibualkan malah ada juga yang mengecam pelakon itu.

Terbaharu, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired memuat naik sebuah hantaran beserta kapsyen kata-kata positif buat dirinya.

“Setiap hari saya perlu berurusan dengan penelitian daripada internet yang menilai saya sebagai diri saya.

“Tapi takpa jangan bermain atau pernah jadi mangsa dan dugaan ini membuatkan saya lebih kuat untuk meneruskan misi masa hidup saya,” tulis Sakinah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

Namun perkongsian pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu dihujani dengan pelbagai komen yang rata-ratanya memberi sokongan kepada Sakinah malah mendoakannya supaya mendekatkan diri kepada tuhan.

Terdahulu, Sakinah telah membuat kenyataan dan memberi pengesahan mengenai status perkahwinannya sekaligus menjawab semua persoalan.

Sakinah juga memaklumkan bahawa dia memilih untuk berpisah dengan suami atas faktor hubungan jarak jauh dan hubungan mereka sering dilanda masalah.

Untuk rekod, Sakinah dan Michael mendirikan rumah tangga pada hujung 2020 namun mengumumkan perkahwinan mereka pada Februari 2021.

Written by: Aqilah