Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Berseloroh, Pertikai Juadah Makan Malam ‘Ringkas’ Intan Najuwa – “Ni Bukan Simple, Ni Kayangan..”

today14 June 2023

Background

Pelakon jelita, Intan Najuwa meraih perhatian netizen selepas berkongsi video memaparkan dirinya sedang memasak di laman sosial TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Intan sedang menyediakan juadah kambing bakar, kentang lenyek dan sayur asparagus sebagai sebagai makan malam yang dikatakan ‘simple’.

“Campak-campak je you, maksud simple tu yang mudah di masak. Masing-masing ada masakan simple sendiri. Love,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@intaniwsw9s campak campak jeee u 🤭 maksud simple tu yg mudah di masak .masing2 ada masakan simple sendiri. love ♥️ #intannajuwa #fypシ #tiktokmalaysia #foryou #esekeli #xyzbca ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – regex & bexter & Vraox

Perkongsian video tersebut telah pun meraih lebih 550,000 tontonan dengan pelbagai komen positif yang ditinggalkan oleh peminat dan pengikutnya.

Malah, ramai yang terhibur dengan masakan ‘simple’ aktres drama Tuan Danial itu yang menghidangkan kambing bakar untuk makan malam.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang berseloroh masakan simple selalunya hanyalah telur, nasi dan ikan bilis sahaja.

“Dia punya simple lain macam. Aku kalau simple goreng ikan bilis, campak bawang cili je. Ni bukan simple mat, ni kayangan.

“Dia punya simple yang memerlukan kerajinan yang tinggi. Aku punya simple, nasi, telur mata, kicap,” tulis netizen.

Written by: Aqilah


Previous post