Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Biadap Minta Hadiahkan DSV Set Kain Kapan, Cik B Pertahankan Ibu!

today23 June 2022

Background

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai video yang memaparkan aksi tampar punggung yang dipamerkan oleh beberapa usahawan selebriti iaitu Kak KM, Ifa Raziah, Datuk Seri Vida (DSV) dan Cheta Potpet.

Susulan itu, pelbagai kecaman dilontarkan kepada mereka gara-gara aksi tidak senonoh tersebut sehingga diminta tampil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan mengenai video sensasi terbabit.

Walaubagaimanapun, isu ini masih hangat dibualkan apabila ada seorang pengguna di Twitter membuat satu ciapan pedas terhadap DSV dan meminta anaknya, Cik B untuk menghadiahkan set kelengkapan kain kafan sebagai peringatan.

β€œKesian anak-anak kalau dapat mak macam ni. Cik B (@HavocCikB) boleh la hadiahkan Vida benda ni (pautan e-dagang) baru dia beringat sikit,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tampil membidas ciapan yang mengkritik kelakuan ibunya dalam video tersebut.

β€œKesian? Lol saya rasa lebih bertuah dapat ibu seperti mama. Seorang wanita yang hebat, kuat dan bijak.

β€œAwaklah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia.

β€œOHHHH OR CUZ YOU JEALOUS SAYA ADA IBU SEPERTI MAMA?” balas Cik B.

Anak kepada usahawan jutawan itu turut mempertahankan ibunya dengan menyatakan bahawa tidak adil untuk warganet menilai DSV hanya kerana video yang tular tersebut.

Written by: Salma