Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Kaki Buli Uyaina Arshad Terus Menghilang – “Semua Lari Macam Lipas Kena Spray”

today9 July 2025

Background

Susulan menjadi mangsa kutukan, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan individu yang meninggalkan komen jelik terhadapnya sebelum ini akhirnya bertindak memadam komen berkenaan menerusi hantaran di media sosial.

Kata Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, sebaik sahaja dia memuat naik teguran mempersoalkan tindakan tidak bertanggungjawab itu, rata-rata mereka yang terlibat disifatkan seperti ‘lipas kena spray”.

“Lepas kena semalam, masing-masing delete komen dan private/deactive akaun.

“Semua lari bertempiaran macam lipas kena spray,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, mereka yang berani mengumpat secara terbuka di media sosial sering kali beranggapan mangsa tidak akan bertindak balas atau mendedahkan perbuatan tersebut.

“Apa yang saya dapat simpulkan dekat sini, orang-orang yang berani mengumpat orang lain secara terang-terangan dekat sosial media ni rasa mereka tidak akan didedahkan.

“Mereka rasa orang yang diumpat tidak akan ambil apa-apa tindakan. Tak akan exposed perbuatan mereka,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi oleh Uyaina menerusi hantaran di platform di Threads miliknya.

Written by: Aqilah


Previous post