Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Kata Sweet Bila Safawi Rasid Beri Syifa Melvin Gift Di TikTok

today11 December 2022

Background

Pasangan pengantin baru, Syifa Melvin dan Safawi Rasid sekali lagi mencuri tumpuan netizen kerana gelagat manis mereka di media sosial.

Terbaru, satu perkongsian yang dibuat oleh @fatinhananie di laman TikTok, Syifa menerima gift bunga ros semasa sesi Live TikTok daripada Safawi.

“Dia bagi bunga ros kat kita, thank you sayang,” ucap Syifa.

Tambah Syifa lagi, dia memberitahu lebih menyukai bunga ros yang diberikan oleh Safawi semalam kerana ia adalah bunga sebenar dan lebih romantik.

“Tapi saya lagi suka bunga ros yang you bagi semalam!” katanya lagi.

Hasil tinjauan di ruangan komen, wargamaya memuji kecantikan Syifa dan gelagat ‘sweet’ mereka.

“Tak makeup pun cantik.

“Banyak-banyak adik beradik dia ni, dia yang helok. Suka tengok dia, ayat yang belakang tu, ala bapa sen je ek!” tulis netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 404,000 tontonan dan lebih 15,000 tanda suka.

 

Written by: Salma