Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Kecam Bapa, Tergamak Buat Aksi ‘Wheelie’ Dengan Anak Kecil

today17 February 2022

Background


Isu & Kontroversi

Tindakan seorang bapa tergamak membahayakan nyawa anak kecil telah mengundang pelbagai komen negatif daripada wargamaya.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, memaparkan aksi ‘wheelie’ seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak di jalan raya.

Situasi itu boleh mengundang kecederaan parah apabila kedua-duanya dilihat tidak memakai topi keledar ketika menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5.

Kanak-kanak perempuan yang duduk di dalam raga motosikal itu kelihatan takut dari raut wajahnya. Berdasarkan rakaman suara dari video tersebut, lelaki itu telah dihasut oleh rakannya untuk melakukan aksi merbahaya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki itu yang ibarat menempah maut. Malah, ada juga segelintir yang menggesa agar pihak polis mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh video itu dirakam tidak dapat dipastikan bila.

Sumber: Twitter @My_CrimeWatch



The following two tabs change content below.



Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Zulaikha


Previous post

Sukan

Malaysia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023

Peminat bola sepak tempatan menerima berita gembira apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan Malaysia telah dipilih sebagai tuan Peminat bola sepak tempatan menerima berita gembira apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023.

today17 February 2022