Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Kecam Eyka Farhana Sengaja Nak Tayang Kaki

today3 November 2022

Background

Penampilan pelakon jelita, Eyka Farhana sering meraih perhatian orang ramai dengan imej seksi yang sinonim dengannya.

Terbaru, nama Eyka menjadi sebutan selepas berkongsi sebuah foto duduk di kerusi.

Menerusi foto tersebut juga, Eyka memakai baju berwarna merah dipadankan dengan skirt pendek paras peha dan ia mengundang kecaman segelintir netizen yang kurang senang dengan penampilan Eyka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EYKA FARHANA ✨ (@eykafarhana)

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mempertikaikan gaya duduk Eyka bersilang namun kakinya dihala ke atas.

Meskipun teruk dilempar pelbagai tohmahan netizen dan dituduh sengaja mahu menayang kaki, Eyka tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.

Bagaimanapun, Eyka yang lali dikecam netizen itu pernah menjelaskan bahawa penampilannya yang seksi itu adalah perwatakannya yang sebenar.

Artikel Berkaitan: Sering Dikritik Gara-gara Penampilan Mencolok Mata, Ini Respons Eyka Farhana – “Ada Artis Lain Lebih Seksi, Mungkin Mereka Dah Biasa Nampak Saya…”

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar – “Mereka Lebih Tahu”

Written by: Aqilah


Previous post