Isu & Kontroversi
Sedang semua pihak sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir yang terlibat di beberapa buah negeri, nama suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri atau dikenali sebagai Bossned menjadi bualan ramai di media sosial.
Ekoran satu ciapan di akaun Twitter miliknya yang menyentuh tentang mangsa banjir, Bossned telah mengundang kecaman daripada warganet.
Biarpun bertalu-talu ‘diserang’, Bossned enggan mengambil pusing malah tetap meneruskan misi menghantar bantuan ke lokasi yang terjejas.
Jangan layan dik (adik) depa (mereka) ni semua kat rumah, bangang tak baca betul-betul. Relaks kita tak memerlukan mereka, yang penting kita buat kerja untuk mangsa-mangsa ja.
Bossned turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) daripada seorang pengguna yang meluahkan rasa simpati serta berasa tidak adil dengan kritikan netizen kepada lelaki berumur 38 tahun itu.
Sebelum ini, ayah kepada dua orang cahaya mata itu ada meluahkan rasa kecewa dengan sikap…