Hot FM

Netizen ‘Looove Sangat’ Lagu Duet Raya Ernie, Syamel!

Pejam celik-pejam celik hari ini dah masuk puasa ke-11.

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Syawal.

Penyanyi yang mempunyai alunan suara memukau Ernie Zakri menerusi laman Twitter memberitahu dia bakal tampil dengan sebuah lagu raya terbaharu.

Tidak keseorangan, tetapi bersama rakan duetnya Shamel berjudul Seru Hari Lebaran.

Bakal dilancarkan esok (Jumaat), lagu raya ciptaan S Atan itu menerima reaksi positif daripada peminat.

Walaupun hanya ‘teaser’ yang dikongsikan oleh penyanyi lagu Ku Bersuara ini, rata-rata peminat menggemari lagu tersebut.

https://twitter.com/dayangnoor/status/1128656900826861570

https://twitter.com/Iemysf1/status/1128718970754723840

Sama-sama kita nantikan pelancaran lagu Seru Hari Lebaran ini okay!

Exit mobile version