Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Puaka Fitnah Kutip Sampah Dengan Ibu & Saran Ambil Dadah! Puteri Balqis Cadang Saman, Tapi…

today30 August 2022

Background

Baru-baru ini, pelakon remaja, Puteri Balqis memuat naik beberapa tangkap layar komen wargamaya di Insta Story miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, dilihat wargamaya meninggalkan komen-komen yang berbaur negatif kepadanya.

Antaranya ada wargamaya yang menyarankannya untuk mengambil bahan terlarang.

“Tak ada cuba-cuba nak ambik dadah ke dik?,” tulis seorang wargamaya.

Sehubungan itu, Puteri Balqis atau lebih dikenali dengan Aqish tidak berdiam diri dan tampil membalas komen negatif dengan ayat yang berbentuk sindiran.

“Buat masa ini belum terfikir lagi sebab ibu saya sendiri tidak bergaul dengan manusia seperti pakcik dan isteri pakcik.

Sindirnya lagi, dia lebih gemar untuk berkawan dengan haiwan berbanding manusia jadi agak susah untuknya mendapatkan bekalan dadah.

“Kami lebih bersahabat dengan anjing dan kucing. Jadi, agak sukar untuk mendapatkan bekalan dadah kerana kami belia benci manusia,” tulisnya.

Pelbagai kecaman yang diterima oleh Aqish semenjak tular imej seksinya di laman sosial sehinggakan ada segelintir wargamaya mendakwa Aqish membuat kerja sampingan dengan mengutip sampah bersama ibunya.

“Duit dah banyak sekarang sebab banyak job. So, banyak la juga cekadaknya… by the way, budak ini dah habis sekolah ke? Jangan part time ikut mak kutip sampah pulak style bukan main lagi,” komen wargamaya tersebut.

Tambah Aqish, dia berniat untuk memfailkan saman terhadap wargamaya tersebut namun dia menganggap tindakan itu sia-sia kerana mengetahui wargamaya tersebut tidak akan mampu untuk membayar saman selepas dia meneliti latar belakang wargamaya yang mengecam dan memfitnahnya itu.

“Terfikir saya nak saman makcik tapi yang nak disaman naik Ferrari, saya yang beriya nak saman, naik komuter.

“Elok-elok ada duit makan, langsung…. ke laut dalam, Pishang bhai,” tulisnya.

Written by: Aqilah


Previous post