Tahukah anda, santuni haiwan adalah perkara yang paling mulia? Lagi-lagi pada bulan Ramadan.
Namun, bilangan kes kekejaman haiwan yang dilaporkan menerusi media cetak hanya sedikit berbanding kebanyakan kes yang tidak pernah dilaporkan.
Sementara tiada seorang pun daripada pelaku dipenjarakan kerana kes terbabit malah sesetengah haiwan mati disebabkan oleh penderaan itu.
Ramai daripada penjaga haiwan terlepas daripada hukuman penjara disebabkan dakwaan digugurkan kerana kekurangan bukti.
Baru-baru ini tular satu video memaparkan dua ekor anjing ditinggalkan kelaparan dirumah yang berkunci.
Apa punya manusia pindah rumah, tinggal anjing kelaparan entah berapa lama. Kesian dia lapar pic.twitter.com/MnyweL1VqM
— sᴉuɐH (@haaaanishak) May 17, 2019
Nasib baik ada jiran prihatin tolong beri makan pada anjing-anjing ni.
Menurutnya, rumah tersebut dibiarkan dengan lampu luar dinyalakan namun rumah tersebut terbiar kosong.
Lebih mengerikan apabila anjing-anjing tersebut dilihat sangat garang, berkemungkinan kerana lapar.
Dah call veterinar tapi tak berjawab so aku hantar email jelah. Aku boleh bagi makan takde masalah since makanan dia aku beli bag besar semalam tapi aku boleh bagi makan, minum (ini sedang usahakan caranya) malam sahaja. Siang aku kerja. So any updates, malam ni okay?
— sᴉuɐH (@haaaanishak) May 18, 2019
Gadis tersebut turut menyatakan yang dia telah memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang perkara berkenaan untuk diambil tindakan.
Dia yang sehingga kini masih memberi makan kepada dua haiwan tersebut turut menjelaskan akan mengemaskini dari semasa ke semasa tentang anjing yang tidak bernasib baik itu.
Semoga perkara baik yang dilakukan oleh gadis ini dapat memberi pengajaran dan dijadikan contoh yang baik buat masyarakat diluar sana.
