Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Puji Yazmin Aziz Sweet Bila Bercuti Dengan Kekasih… Tapi Ada Pula Yang Tanya: “Dah Kahwin Ke? Tidur Bilik Asing-Asing Ke?”

today9 June 2023

Background

Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Yazmin Aziz meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas berkongsi video percutian bersama kekasihnya di Bali, Indonesia.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, Yazmin atau nama penuhnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz menaiki pesawat dan meluangkan masa bersama-sama teman lelakinya.

@yazminaziz Another couple goal unlocked 🙈 #FYP #TikTokMY #Couple #CutiCutiTikTok ♬ original sound – Laureen Uy

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian dengan pasangan sejoli ini.

Namun, ada segelintir netizen pula menimbulkan persoalan terhadap percutian mereka.

“Comelnya, sweetnya. Muka nampak sama. Dah kahwin ke? Tidur bilik asing-asing ke?” ujar netizen.

Written by: Salma