Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Rasa Beto Kusyairy Lebih Layak Pegang Watak Mat Kilau… Ini Respons Adi Putra

today14 July 2022

Background

Pelakon dan juga ahli perniagaan, Datuk Adi Putra mengakui bahawa lakonan dan kemampuan rakannya iaitu Beto Kusyairy dalam membawakan watak Mat Kilau tidak dapat disangkal lagi.

Menurut Adi, dia sama sekali tidak tersinggung dengan pendapat orang ramai apabila ada segelintir pihak membandingkan dirinya dan lakonan yang ditunjukkan oleh Beto dalam filem tersebut.

Baginya, mungkin kali ini rezeki berpihak kepadanya kerana diberikan tanggungjawab untuk memegang watak utama dalam filem arahan Syamsul Yusof ini.

“Saya tak ada perasaan negatif. Walaupun mereka diluar membandingkan Beto untuk pegang watak Mat Kilau.

“Bagi saya, seperti saya memberikan stigma, pujian saya kepada Beto. Dia memang seorang pelakon yang versatile. Jadi bagi saya… saya tak ada masalah jika Beto membawakn watak tersebut sebab dia seorang pelakon yang baik dan berbakat besar.

“Macam saya, mungkin sudah tertulis jadi bila dah tertulis… saya harus melihat dari segi perwatakan Mat Kilau sebab Mat Kilau dah ada dia punya kurikulum sejarah dan ada batasan yang terhad,” katanya kepada Xtra.

Meskipun menganggap ia sekadar perbandingan penonton dan peminat filem Melayu terhadap pembawaan karakter, namun yang lebih penting adalah sokongan mereka terhdap filem tempatan terutamnya yang bergenre ‘historical’.

“Bagi saya mana-mana pelakon serba boleh harus diketengahkan agar selalu diangkat oleh masyarakat. Maklumlah, kita pun bersilih ganti dengan pelakon baharu yang sedia ada.

“Apa pun, Beto hebat. Itulah yang saya boleh katakan,” jelasnya.

Untuk rekod, filem #MatKilau kini sudahpun mencecah kutipan sebanyak RM71 juta sejak ia mula ditayangkan pada 23 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ia Memerlukan Kudrat Dan Segala-Galanya”- Mengaku Dibayar Mahal, Adi Putra Lebih Selesa ‘Kunci Mulut’

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Ada Aset Lebih RM21 Juta, Adi Putra Enggan Dipanggil Jutawan – “Saya Hanya Meminjam Daripada Allah”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kita Bukan Mementingkan Kutipan…” Filem Mat Kilau Sebagai Permulaan Penerbit Angkat Aras Pemikiran Masyarakat

ARTIKEL BERKAITAN:RM12.2 Juta Dalam Masa 4 Hari! Mat Kilau Terus Catat Kutipan Tertinggi, Atasi Filem Top Gun Maverick & Jurassic World

Written by: Aqilah


Previous post