Menerusi video berdurasi 1 minit 17 saat yang dikongsi di laman Facebook, kelihatan Datuk Azizul merakam reaksi empat orang anak perempuannya itu.
Apa yang menyentuh perasaan dan membuatkan ramai sebak adalah apabila puteri keduanya menangis semasa dipeluk oleh Datuk Azizul.
Terdahulu, Datuk Azizul berkongsi permintaan daripada beberapa pihak termasuk rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley, yang memintanya meneruskan karier sehingga LA 2028.
Katanya, dia memerlukan masa untuk berehat selain membincangkan bersama keluarga bagi menimbangkan semula keputusannya untuk bersara.