Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @alinezad, kelihatan dia nekad memberi teguran secara terbuka kepada para netizen Indonesia yang mengejek musibah banjir berlaku di Malaysia beberapa hari lalu.
Malangnya, dia pula yang dicemuh semula kerana dilabel ‘acah baik’, sedangkan dia hanya ingin menunjukkan rasa empati sesama rakyat.
Dia mengingatkan netizen sana tidak sepatutnya membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan netizen di Malaysia susulan kejadian letusan gunung berapi dulu yang kononnya diejek oleh rakyat kita.
Malah, dia juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia juga yang memberikan bantuan kepada mereka bencana Aceh pada tahun 2004 dulu. Jadi, tidak perlulah kita mengejek sesama sendiri.