Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Tanya Soalan Mengundang: “Ajar Aku Macam Mana Nak Curang?”, Ini Jawapan Padu Shuk Sahar

today12 March 2023

Background

Baru-baru ini, pelawak Shuk Sahar mendapat soalan mengundang daripada seorang warganet di akaun TikToknya.

Menerusi video tersebut, individu itu meminta Shuk untuk mengajarnya bagaimana untuk berlaku curang.

“Shuk, ajar aku macam mana nak curang,” tulis individu itu.

Tidak cepat melatah, Shuk tampil menjawab persoalan individu itu dengan tenang dan mengakui bahawa dia sudah pencen daripada perkara sebegitu.

“Bang minta maaf bang. Benda yang abang suruh saya ajar tu… saya memang dah pencen, taubat lahum dah,” balas Shuk.

Terdahulu, Shuk didakwa berlaku curang dengan isterinya, Rossa Sera dengan wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Namun begitu, Shuk dan Rossa baru sahaja pergi menunaikan umrah bersama pada tahun lalu.

Walaubagaimanapun, status perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: Shuk Sahar & Isteri Akhirnya Berpisah? Rossa Sera Amuk Sering Kena Provoke – “Kau Ugut Dia Macam-Macam Sampai Bercerai Berai”

Artikel Berkaitan: “Keputusan Bercerai Atau Tidak Selepas Balik Umrah” – Isteri Shuk Sahar

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuk Sahar Akui Menyesal Curang Namun Masih Berhubung Dengan Fara

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jual Rumah Bernilai RM1.2 Juta, Netizen Anggap Kifarah Buat Shuk Sahar Akibat Curang – “Bye Bye Ferrea..”

Written by: Aqilah


Previous post