Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Tegur Azhar Sulaiman Gara-Gara Imej Seksi Anak Undang Kecaman

today5 December 2023

Background

Susulan tampil dengan imej seksi, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mula menjadi bahan kritikan netizen sehingga ke hari ini selepas videonya menari dengan memakai baju mencolok mata tular.

Namun, bapanya yang juga seorang pelakon senior, Azhar Sulaiman kelihatan tenang dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung video viral tersebut.

 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, Azhar ada memuat naik quotes di Instagram miliknya yang ditujukan khas buat ketiga-tiga anaknya.

“Kecerdikan kita tidak diukur dengan berapa banyak perkara yang kita tahu. Tetapi, diukur dengan kemampuan kita untuk mempelajari perkara baru,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

 

Melihat kepada posting tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang berani tampil menegur tindakan Azhar yang seolah-olah tidak terkesan dengan imej keterlaluan anak perempuannya itu.

 

Melihat kepada quotes tersebut, terdapat segelintir netizen yang bersetuju dengan pendapat Azhar, malah ada yang sempat menitipkan pesanan dan doa agar aktor itu diberikan kesabaran dalam mendidik anak-anaknya.

“Doa banyak-banyak jelah Daddy. Bukan permulaan yang menjadi ukuran tapi pengakhiran tu yang Allah tengok. Semua orang buat silap. Selagi masih hidup kita semua masih berpeluang untuk kembali ke jalan yang betul.

“Tak semua orang boleh dan mampu mempelajari serta menerima sesuatuyang baru. Disitulah sebenarnya terletak kecerdikan seseorang itu. Yang telah dipelajari kekal dalam diri kita selama-lamanya.

“Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah. Kemmapuan melaksanakan tu ialah apply the theory through practice,” komen netizen.

Written by: Aqilah


Previous post