Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Netizen Usha Harga Jam Fazura… Cecah RM4 Juta! – “Kaya Tapi Tak Menunjuk”

today21 September 2022

Background

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Fazura dilihat sempat meraikan sambutan hari ulang tahun suaminya, Fattah Amin yang turut dihadiri oleh kenalan rapat dalm satu majlis tertutup.

Bagimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, jam tangan yang digayakan oleh aktres itu pada majlis tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok milik salah seorang peminatnya yang dikenali sebagai @fazuralotsoflover, jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang dipakai Fazura itu mencecah harga hampir RM4 juta.

Namun, pelakon itu dilihat tidak pernah riak dengan kemewahan yang dimiliknya kerana tidak pernah menunjuk-menunjuk dan sentiasa bersikap sederhana dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

 

Dalam hantaran yang berlainan pula, Fazura juga dilihat memakai sebuah beg berjenama mewah, Hermes yang nilainya dianggarkan sebanyak RM545,220.

Manakala, beg tangan jenama mewah milik anak sulungnya, Nur Fatimah Aisya juga dianggarkan bernilai lebih RM165,000.

@fazuralotsofloverHandbag si comel fatima pulak 🥰♬ Lenggang Puspita – Afgan

 

Menjengah di ruangan komen terbabit, ada juga segelintir netizen yang mendakwa, kehadiran pengawal keselamatan (bodyguard) adalah bertujuan untuk menjaga barangan mewah yang dipakainya setiap kali hadir di mana-mana acara.

 

 

Written by: Salma


Previous post