Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ng Sze Han pengerusi DAP Selangor baharu, ganti Gobind

today10 November 2024

Background


Pengerusi baharu DAP Selangor Ng Sze Han (tengah) bersama anggota jawatankuasa negeri lain selepas pemilihan hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Adun Kinrara Ng Sze Han diangkat sebagai pengerusi DAP Selangor yang baharu, selepas pemilihan peringkat negeri hari ini.

Ng yang juga exco pelaburan, perdagangan & mobiliti Selangor akan menggalas jawatan tersebut bagi penggal 2024-2027, menggantikan Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo, yang juga menteri digital.

Ng akan dibantu oleh Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau selaku timbalan.

Pemilihan kali ini menyaksikan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin meraih undi paling banyak iaitu 1,180 undi; diikuti bekas Adun Teratai Tiew Way Keng (1,115); Ng Sze Han (1,058); Adun Banting V Papparaidu (1,028); dan Ganabatirau (1,020).

Sementara itu, kerusi naib pengerusi diisi oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim, dan bekas Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

Yeo yang meraih undi tertinggi diangkat sebagai setiausaha, manakala Tiew pula…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post