Hot FM

Nga repot ‘scammer’ guna gambar di aplikasi janji temu, kursus kewangan


nga kor ming
Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berkongsi tangkap layar imejnya digunakan pada profil kelihatan seperti aplikasi janji temu ‘Coffee Meets Bagel’.

PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membuat laporan polis selepas gambarnya digunakan di beberapa platform, termasuk aplikasi janji temu dan kursus kewangan dalam cubaan menipu orang ramai.

Nga menerusi catatan X berkongsi tangkap layar gambarnya digunakan pada profil kelihatan seperti aplikasi janji temu “Coffee Meets Bagel”.

Menurutnya, beliau turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atas penggunaan tanpa kebenaran gambarnya dalam talian.

“Saya harap catatan berkaitan dipadamkan serta-merta dan tindakan diambil segera. Katakan TIDAK kepada scammer!” kata naib pengerusi DAP itu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version