
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membantu mana-mana individu memohon kewarganegaraan digesa untuk mendapatkan lebih maklumat bagi memudahkan proses kelulusan.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata isu anak angkat tanpa kewarganegaraan dapat diselesaikan segera jika maklumat lanjut terutama mengenai keluarga asal atau ibu kandung kanak-kanak itu diperolehi.
“Saya amat menghargai peranan NGO dalam membantu mendapatkan status kewarganegaraan. Digesa jangan hanya mendekati ibu dan anak angkat semata-mata tetapi beri maklumat yang lebih, apakah masih menghubungi ibu kandung?
“(Jika dapat) berhubung ibu kandung maka selesai kes ini… saya menghargai usaha NGO, tetapi utamakan dan betul-betul selesaikan masalah bukannya bawa satu isu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat…