Site icon Hot FM

NGO cadang wujud mekanisme pemantauan inisiatif Belanjawan 2024 PMKS


Nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan tersedia untuk manfaat PMKS berjumlah hingga RM44 bilion tahun depan.

GEORGE TOWN: Liga Muslim Malaysia mencadangkan mekanisme kawalan dan pemantauan diwujudkan bagi memantau inisiatif Belanjawan 2024 untuk usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam memastikan usahawan serta peniaga kecil mendapat manfaat daripada kemudahan disediakan kerajaan.

Presiden Liga Muslim Malaysia dan Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang, Najmudeen Kader, berkata badan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan juga perlu dilibatkan dalam jawatankuasa pemantauan tersebut.

“Kerajaan bukan sahaja bergantung kepada semakan pertengahan penggal, tetapi sediakan juga mekanisme kawalan dan pantauan supaya pembangunan ekonomi kekal mengikut trajektori perancangan belanjawan dan tidak berlaku sebarang ketirisan,” katanya dalam kenyataan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat semalam berkata tahun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version