Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

NGO dakwa kanak-kanak seawal 10 tahun mudah dapat vape mushroom

today30 May 2026

Background


vape
NGO gesa pihak berkuasa tingkat pemantauan penjualan vape kerana ada di antara pengusaha turut menjual periksa ‘mushroom’ yang mengandungi bahan psikoaktif berbahaya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Sebuah NGO mendakwa penjualan vape mushroom dipercayai mengandungi bahan psikoaktif berbahaya mudah dibeli termasuk oleh kanak-kanak seawal 10 tahun, berdasarkan kes dikesannya.

Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Al-Sirath Malaysia Mohd Redzhuan Mohd Yusof menggesa pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan untuk melindungi generasi masa depan.

Dakwanya, akses mudah melalui kedai fizikal dan platform dalam talian menunjukkan pemantauan sedia ada masih lemah, sekali gus membuka ruang penularan dadah sintetik.

“Usia paling muda yang kami kesan mendapatkan vape perisa ‘mushroom’ sekitar 10 hingga 11 tahun.

“Sebelum ini, cecair vape itu dijual sekitar tiga titik pada harga RM10. Harga sebotol pula dianggarkan antara RM60 hingga RM600, bergantung kepada kandungan dan saiz,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post

Sukan

Fonseca gempak, Djokovic tersungkur di Paris

Paris: Jaguh muda Brazil, Joao Fonseca mencipta sensasi terbesar di Terbuka Perancis apabila bangkit daripada ketinggalan dua set sebelum menyingkirkan legenda Serbia, Novak Djokovic dalam aksi epik pusingan ketiga awal pagi tadi.

today30 May 2026