

Sebuah pertubuhan alam sekitar menggesa Bukit Aman menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat pemindahan tiga gajah dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun, susulan persoalan sama ada haiwan itu dihantar mengikut peruntukan undang-undang.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) berkata pasukan petugas itu perlu menentukan sama ada pemindahan Dara, Amoi dan Kelat dilaksanakan selaras dengan undang-undang hidupan liar Malaysia serta kewajipan negara di bawah perjanjian pemuliharaan antarabangsa.
Dalam memorandum kepada Ketua Polis Negara Khalid Ismail, Peka berkata pihaknya mengenal pasti apa yang disifatkan sebagai percanggahan ketara melibatkan permit eksport, sijil kesihatan haiwan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), invois berkaitan transaksi itu dan…