Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

NGO gesa kriteria lebih jelas tutup sekolah akibat jerebu

today19 October 2026

Background


Engage dan Projek Sama menggesa pelitup muka N95 disediakan secara percuma untuk sekolah, keluarga B40 serta golongan rentan lain.
PETALING JAYA:

Dua badan bukan kerajaan (NGO) menggesa justifikasi dan kriteria lebih jelas bagi penutupan sekolah akibat jerebu, selain menyediakan sokongan untuk pihak sekolah, isi rumah serta perniagaan terjejas.

Engage dan Projek Sama berkata, walaupun penutupan sekolah, termasuk di Johor, dilakukan atas niat baik, analisis teliti kos-faedah perlu dilaksanakan terhadap langkah dasar, bukannya sekadar membuat “keputusan tegas, pantas serta performatif”.

“Penutupan sekolah mesti berpandukan data saintifik telus, bukan pengumuman ad hoc atau performatif.

“Pihak berkuasa perlu menerbitkan ambang indeks pencemaran udara (IPU), ramalan cuaca dan kriteria kesihatan lebih awal, serta memaklumkan keputusan pada waktu ditetapkan, sekiranya boleh,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Mereka berhujah, penutupan sekolah boleh menyebabkan ibu bapa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

BAM siap siaga hadapi situasi Paris

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah berjaga-jaga selepas berlaku demonstrasi besar-besaran di sana dengan menghubungi Kedutaan Malaysia di Paris untuk mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan membabitkan pemain negara yang akan menyertai Terbuka Perancis 2026 bermula esok.

today19 October 2026