Hot FM

NGO kritik polis soal siasat 14 aktivis, ahli akademik


BERSIH Faisal Abdul Aziz Wathshlah Naidu Pushpan Murugiah
Pengerusi Bersih Faisal Abdul Aziz (duduk, dua dari kanan) berkata polis kemuka 80 soalan kepada individu dipanggil untuk soal siasat, termasuk sumber maklumat, pembiayaan dan kaitan individu dengan organisasi.
PETALING JAYA:

Beberapa NGO berkata, soal siasat polis ke atas 14 aktivis dan ahli akademik berhubung dakwaan “aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen” berisiko menghalang kritikan terhadap kerajaan.

Wakil dari Bersih, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Lawyers for Liberty (LFL) dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) antara lain berkata, siasatan itu seolah-olah bertujuan menakut-nakutkan pengkritik.

Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz, berkata polis mengemukakan 80 soalan kepada individu dipanggil, termasuk sumber maklumat, pembiayaan dan kaitan individu dengan organisasi.

Beliau berkata, pihak berkuasa dilihat cuba mengaitkan mereka dengan dakwaan usaha menggulingkan kerajaan, walaupun kritikan disuarakan bagi memperkukuh institusi demokrasi dan mencegah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version