
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memohon maaf kepada bekas timbalan menteri, Mashitah Ibrahim, bagi menyelesaikan saman fitnah terhadap pertubuhan itu serta dua pemegang jawatan, berhubung dakwaan pemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan beliau dan suami.
Dalam penghakiman persetujuan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Anita Harun semalam, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Setiausaha Agung Hishamuddin Hashim dan Ahli Jawatankuasa Azizul Syafiq Syazali memohon maaf secara ikhlas dan tanpa syarat kepada Mashitah serta Abdul Shakor Abu Bakar.
Mereka mengakui kesilapan kerana merujuk kepada kenyataan yang diterbitkan oleh Justice for Myanmar, Irrawaddy Post dan Scoop.com, serta laporan yang diterbitkan oleh United States Institute of Peace yang mengaitkan pasangan itu…