Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Ni Kalau Jadi Khalish, Habis Bernanah Telinga Seira” – Netizen Excited Tengok Syatilla Melvin Lipsync Dialog Mimi Lana Dalam Perempuan Itu

today27 June 2023

Background

Pelakon Syatilla Melvin sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas memuat naik sebuah video.

Menerusi perkongsian di TikTok, Syatilla tampil membuat ‘lipsync’ watak Mimi Lana sebagai Khalish dalam drama Perempuan Itu.

“Kak Erma, kalau ada watak untuk Perempuan Itu Ini, bagi saya tau,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@samtilla82 Kak erma, kalau ada watak utk PEREMPUAN ITU INI, bagi saya tauuu #perempuanitu ♬ original sound – erma fatima

Apa yang lagi mencuit hati apabila rata-rata warganet berseloroh mengatakan nasib Emir dan Seira dalam drama tersebut tidak akan baik jika Syatilla yang memegang watak sebagai Khalish.

Malah, ramai yang rindu ingin melihat isteri kepada pelakon Polis Evo 3 Shaheizy Sam ini di dalam kaca televisyen.

“Tilla kalau jadi khalish, habis bernanah telinga Seira. Silap-silap kena ganyang satu episod je habis dah.

“Ni kalau jadi khalish, masak kau Emir. Seira lagi la, mahu kena ganyang. Lamanya tak tengok sis ni Tilla Bila Tilla nak berlakon lagi? Dulu tilla ada juga bawa watak jahat,” tulis netizen.

Written by: Salma


Previous post