Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjara

today8 September 2022

Background



Penasihat kewangan Zulkifli Shafie kini telah kembali bekerja.

PETALING JAYA: Penasihat kewangan swasta Zulkifli Shafie melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila rasa tidak sampai hati untuk membantu rakan yang merayu bantuan wang, akhirnya termakan diri sendiri.

Seorang rakan yang lama menghilang meminta wang daripadanya atas alasan mahu digunakan untuk memberi makan kepada anak isterinya.

Namun sebaliknya tindakan itu mengakibatkannya meringkuk dua tahun dalam penjara apabila rakan itu – bekas pemuzik kumpulan Ukays Akel Zainal – sebenarnya anggota militan.

Zulkifli berkata dia tidak mungkin dapat melupakan saat polis berpakaian preman menahannya di depan sebuah bank di Putrajaya pada Oktober 2018, sebelum membawanya menaiki van pulang ke rumah di mana mereka menyelongkar mencari bahan bukti.

Lebih teruk lagi apabila dia kemudian ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang membenarkan polis…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post