Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Niat Nak Hantar Borang Nikah, Sekali Pasangan Ini Dapat Nasihat Khas Daripada Polis Trafik

today8 September 2021

Background


Menerusi perkongsian video daripada @rashidismailrashidismail, kelihatan dia ketika itu sedang menuju ke sebuah lokasi untuk menghantar borang permohonan nikahnya bersama pasangan.

Namun, mereka terpaksa melalui jalan yang mempunyai roadblock dan meminta izin terlebih dahulu daripada polis trafik dan menunjukkan bukti ingin menghantar borang nikah itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila pegawai polis yang sedang bertugas semasa itu sempat memberikan nasihat kepada mereka tentang asam garam hidup berumah tangga dalam tempoh lima tahun pertama.

“Lima tahun perkahwinan adalah tempoh untuk mengenal. Jadi kita kena bersabar, kita yang lelaki kena kurangkan ego kita. Orang kata beras kita beli, tak semestinya kita betul. Lagi satu kalau nak tahu rezeki, jaga isteri. Jangan ada skandal. Jaga isteri inshaAllah ada rezeki. Lepas tu amalkan solat Dhuha,” nasihatnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post