Selepas Bella Astillah, kini giliran Datin Niena Baharun pula mendedahkan dirinya sedang berbadan dua.

Pelakon yang cukup popular dengan watak Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku itu berkongsikan berita gembira tersebut menerusi foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada 27 April 2020.
Niena memaklumkan dia ada temu janji pemeriksaan bayi keduanya itu.