
Naib Presiden PKR, Amirudin Shari menafikan parti itu mempunyai kaitan dengan kes penahanan pemimpin Bersama Nik Nazmi Nik Ahmad oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana berdua-duaan di tempat tertutup dengan seorang wanita bukan muhrim.
Amirudin berkata PKR mempunyai banyak urusan lain untuk diberikan perhatian berbanding nak memerangkap Nik Nazmi dengan kes khalwat, lapor Sinar Harian.
“Tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Terdahulu hari ini, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menafikan dakwaan bahawa penahanan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa itu oleh Jais pada Khamis lepas ialah satu tindakan penganiayaan atau perangkap.
Pengerusi Salehuddin Saidin menegaskan agensi…