Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

‘Nikmat Hanya Sesaat’ Buat Mawar Rashid Terjerat Cinta Suami Orang?

today3 May 2025

Background

Pelakon jelita, Mawar Rashid, tampil dengan sisi berbeza menerusi drama terbaharu, Nikmat Hanya Sesaat yang bakal mencetuskan kontroversi apabila membawa watak wanita simpanan yang terjerat cinta lama dengan suami orang!

Bakal bersiaran menerusi Slot Samarinda TV3 bermula 8 Mei 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, drama 20 episod terbitan Art Ornament ini turut menampilkan gandingan pertama Mawar bersama pelakon kacak, Fadlan Hazim.

“Watak Sara ni sangat mencabar. Nampak kuat tapi dalamnya hancur. Banyak babak yang buat saya menangis dan betul-betul terkesan. Saya yakin ramai wanita boleh rasa apa yang Sara rasa,” ujarnya.

Disutradarai Izuan Mokhtar dan ditulis oleh Amin Shakib, Nikmat Hanya Sesaat bukan sekadar kisah cinta terlarang, tapi juga menyentuh isu sosial seperti tekanan hidup, diskriminasi, dan perjuangan untuk berubah.

Drama ini mengisahkan Sara, bekas gadis biasa yang dipaksa memilih jalan hitam sebagai pelacur kelas atasan demi menanggung keluarga. Hidup mewah bersama Johny (Mutalib Mubin) tidak pernah mengisi jiwanya yang kosong.

Namun semuanya berubah apabila dia bertemu semula Zafrul (Fadlan Hazim) cinta pertamanya yang kini sudah bergelar suami orang, milik Julia (Sherry Ibrahim). Sara bergelut untuk melawan perasaannya, tetapi hati tetap mahu mendakap cinta lama.

Adakah Sara akan terus hanyut dalam cinta terlarang, atau berani memilih jalan keluar?

Turut dibintangi pelakon hebat seperti Arash Mohamad, Lisdawati, Shasha Abedul dan Sherry Ibrahim, drama ini sarat dengan babak emosi, konflik hati dan pilihan yang menyakitkan.

Jangan lupa saksikan ‘Nikmat Hanya Sesaat’ bermula 8 Mei 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton www.tonton.com.my.

Written by: Aqilah


Previous post