Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi sebuah kata-kata yang menjadi pegangan dalam hidupnya sehingga hari ini iaitu ‘slowly but surely’.
Artikel Berkaitan: Anak Syasya Rizal Dah Pandai Sebut Bapa Di Usia Lima Bulan
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Terkesan Didakwa Hamil Sebelum Nikah, Akan Sedaya Upaya Lindungi Yassir – ‘Cukuplah Sekadar Orang Sekeliling Yang Tahu’
Tidak membandingkan

Syasya atau nama lengkap Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata, kata-kata itu sentiasa disemat dalam hatinya setiap kali terbit rasa sering membandingkan rezeki serta perjalanan hidup dengan orang lain.
Jelas Syasya, kata-kata itu juga mengajarnya supaya mensyukuri segala nikmat yang sudah ditetapkan oleh Allah.
Slowly but surely (biar lambat tapi pasti), ini adalah kata-kata yang sentiasa tersemat dalam hati saya.
Setiap kali saya mempersoalkan jalan hidup dan takdir, memperbandingkan diri dengan orang lain sehingga membuat saya terfikir, ‘kenapa saya…