

Gabungan eHailing Malaysia (GEM) mengambil maklum pelbagai pandangan serta kebimbangan yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung pelaksanaan Akta Pekerja Gig (Akta 872), namun berharap semua pihak bersikap lebih adil dalam menilai akta berkenaan.
Ketua Aktivis Masrizal Mahidin berkata tidak wajar untuk memberi gambaran yang terlalu negatif atau berat sebelah terhadap kerangka undang-undang yang masih dalam proses pelaksanaan dan penambahbaikan melalui dialog bersama pelbagai pihak berkepentingan.
“Sebahagian pihak yang kini lantang mengkritik akta ini sebelum ini bukanlah antara pihak yang menyokong usaha mewujudkan akta khusus bagi pekerja gig.
“Sedangkan perjuangan untuk mendapatkan kerangka perlindungan undang-undang bagi komuniti pekerja gig telah mengambil masa bertahun-tahun…