
Nilai memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (Maha) mencecah RM9.3 bilion, melebihi sasaran awal RM8 bilion.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, pencapaian itu selari dengan sambutan luar biasa orang ramai terhadap Maha, dengan jumlah pengunjung setakat hari ketujuh mencecah 2.77 juta orang manakala nilai jualan melonjak kepada RM16.3 juta.
“Kita sasarkan RM8 bilion tetapi sehingga hari ini kita telah capai RM9.3 bilion. Pengunjung hingga hari ketujuh berjumlah 2.77 juta dan bilangan kenderaan lebih 555,000,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Program Realiti Agro Quest di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) hari ini.
Beliau berkata, China kekal menjadi rakan dagang utama…