Hot FM

Nina Iskandar Dedah Wajah, Perkenal Nama Anak Sulung

Tahun baharu 2020 begitu bermakna buat pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar, 28, yang menimang cahaya mata pada 23 Disember lalu.

Selepas 9 hari bergelar ibu, Nina mengumumkan nama anak pertamanya yang diberi nama Muhammad Aaryan Ar-Rizqin.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya besertakan sekeping foto mendedahkan wajah Aaryan.

Sebagai rekod, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar telah berkahwin dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April tahun lalu.

Selepas empat bulan mendirikan rumah tangga, pasangan itu mengadakan majlis persandingan mereka pada 4 Ogos 2019.

Exit mobile version